Manusia mana yang yang tak ingin berjaya dan insan mana yang
tidak ingin membalas jasa ummi abahnya..Dalam jutaan manusia aku tidak
terkecuali berimaginasi mengarang impian dan cita-cita dengan senyuman dan
airmata sekata mencomotkan wajah yang comel ini..hahaha.
#kembaraEksekutifJalanan adalah travelog
perjalanan gadis muda muslimah yang terlalu naïf menghadapi kehidupan rencah
remaja. Bagaikan permata di celahan kaca,sama2 bersinar dalam pembangunan sahsiah
dirinya..dalam kemelut jiwanya dia punya
impian untuk besar untuk mati dalam syahid. Dan dalam gagah melukis pelangi
pada impian,dia tersungkur pada keasyikan bercinta dan diminati.Zaman
persekolahan yang mencatatkan dirinya sebagai mangsa ejekan dan buli lantaran
kenaifan serta saiz badannya justuru mengalami kejutan sebaik melangkah kealam
siswi. Langkahnya lebih berani hingga alpa pada keringat dan impian ummi abah
yang mengunung tinggi dan dia jatuh sebagai pelajar DTP atau PELAJAR DITAMATKAN
PENGAJIAN. Untuk menangis segalanya telah terlewat,untuk mengubati
laranya,lukanya terlalu dalam sekalipun ku jahit dengan maaf dan ampunan tanpa
henti..Lantas gadis itu hilang semngatnya,tiada lagi kata ‘tidak’ atau
ketegasan mempertahankan jawapannya..Dia menghukum dirinya sendiri dengan
menerima apa sahaja rencana mereka..
Allah
mengasihi hambaNYA..dia harus bangkit dari kejatuhan. Rangka kembara ekskutif
jalanan mula disusun atur,meletakkan nilai sendiri sebagai eksekutif jalanan
supaya tidak terlalu hina dibawah atau terlalu tinggi di atas cukup sekadar
insan sederhana yang mampu atau insan mampu yang bersederhana, terpulang pada
pengertian kalian. Kembara bermula dengan menetapkan NIAT, impian mati syahid
kembali menyala menguatkan diri tatkala putus asa ingin bertamu. Dia bangkit
dengan kepercayaan yang tinggi dari cinta sejati bernama abah dan ummi..Allahu
Allah
Kesabaran
adalah harga sebuah kepercayaan dan kepercayaan adalah adalah harga sebuah
kejayaan dan keimanan adalah harga sebuah kepuasan kecemerlangan. Dengan
kesabaran menimba ilmu kemahiran dia mendapat kepercayaan dan disitulah
kembaranya bermula. Dari negeri ke negeri di Malaysia dia menabur bakti sebagai
fasilatator atau jurulatih. Lucu bagaimana memikirkan dia melahirkan motivasi
hingga memberikan impak luar biasa kpada peserta dan penuh kenyakinan
mengalunkan gerak ceria di atas pentas dihadapan ratusan peserta dan VIP. Dan
gadis itu terus memulakan kembara eksekutif jalanan dengan yakin dan percaya
Semua Orang Berhak Bahagia dan Berjaya.